Wednesday, 9 May 2012

UNDI POS DI DUN LADANG YANG MERAGUKAN

Kemasukan undi pos di Dun Ladang sangat meragukan. Didalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu undi pos di dun Ladang hanya 901 orang sahaja. Semasa pilihanraya umum 2004 hanya terdapat 756 pengundi sahaja.

Walaubagaimanapun sekarang ini sehingga suku pertama 2012 terdapat 1575 pengundi pos di Dun Ladang. 1184 pengundi berada di Unit Petiundi Tekukur dan 383 pengundi di Unit Petiundi Batas Baru. 

Terdapat  banyak keraguan pertambahan  undi pos di Dun Ladang. Mengapa terlalu banyak pertambahan undi pos ( 674 pemilih) . Jumlah kemasukan sebenar dari pilihanraya umum lalu sehingga sekarang, seramai 468 pemilih melalui pendaftaran baru dan 517 pemilih melalui pendaftaran pindah alamat, menjadikan jumlah terkini selepas tolak pemilih yang di keluarkan 1575 orang pengundi pos.

Jumlah ini termasuk 258 pengundi pos yang didaftarkan bagi suku pertama tahun 2012. Wow!!! Suatu jumlah yang tinggi. Adakah kemasukan ini secara normal atau secara berperancangan. Ini adalah kerana YB Dato' Tengku Hasan hanya menang dengan majoriti 31 undi sahaja di dalam pilihanraya lalu. 

Saya yakin ini adalah perancangan terancang oleh pihak BN dengan kerjasama pihak tertentu untuk merampas secara kotor Dun  Ladang dari PAS. Dari mana datangnya pertambahan pengundi. Dimana penempatan pengundi ini. Tidak nampak pun kuarters baru dibina.

Ini sangat meragukan .... Suatu contoh pengundi yang meragukan. Didalam semakan suku pertama 2012 terdapat pengundi pos ditukarkan dari Dun Batu Buruk , Bandar, Wakaf Mempelam ke Dun Ladang. Contohnya Amri Ibrahim RS11083 , 701 Polis, dari Petiundi Kg Nibung di tukar ke Ipd ktrg, petiundi Tekukur, Dun Ladang. Samsudin Aziz RS 111820,  701 polis Petiundi Pulau Kambing Dun Bandar dipindahkan ke Ipd Kuala Terengganu, Petiundi Tekukur.  Diharap pihak SPR jangan pandang sebelah mata isu ini.

Rakyat juga hendaklah sedar akan penipuan ini. Undi pos sangat meragukan dan merupakan talian hayat BN di Dun Ladang.  Inilah sebab Bersih diadakan.... Bersihkan daftar pengundi dan hapuskan undi pos....

Ariffin Deraman 10 Mei 2012

Tuesday, 27 December 2011

Apa helah Umno/BN dengan perubahan diumumkan SPR?

Rakyat wajib curiga dan merasa syak wasangka dengan tindak-tanduk Suruhanjaya Pilihanrayan Malaysia (SPR) selagi mana ia tidak diletakkan dibawah parlimen.

Dan selagi mana SPR dibawah kekuasaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) selagi itu SPR tdak boleh diakui dan dipercayai sebagai badan yang bebas.

Sebagai sebuah badan penggendali pilihanraya, SPR bukan sahaja perlu bebas dari campurtangan mana-mana parti politik atau pemerintah, tetapi perlu juga dilihat bebas dari pengaruh mana-mana pihak.

Apakah alasan kita tidak boleh membebaskan SPR, sedangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dulunya dkenal sebagai Badan Pencegah Rasuah sudah boleh bebas dari cengkaman Jabatan Perdana Menteri

Semua rakyat tahu dan sedar, walaupun berkali-kali dinafikan, SPR mash menjadi kuda tunggangan pemerintah Umno dan Barisan Nasonal.

Apabila ia diletakkan dbawah Jabatan Perdana Menteri, maka ia tertakluk kepada arahan dan peraturan yang dtetap dan dikeluarkan oleh 'tuannya', iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi SPR yang dilaporkan beberapa akhbar haran pada 20 Dsember lalu, beberapa perubahan akan dilakukan oleh SPR pada pilihanraya umum ke-13 seperti dibawah;

1. Menghapuskan masa bantahan selama sejam pada har penamaan calon.
2. Calon yang dinamakan tidak dibenarkan tarik diri
3. Membenarkan pengundi Orang Kelainan Upaya (OKU) dibantu oleh orang lain untuk mengundi
4. Mempamerkan daftar pemilih selama 14 hari.
5. Membersihkan daftar pemilih setiap hari
6. Mengubah tempat duduk wakil calon untuk memantau proses buang undi


Saya mengalu alukan perubahan yang akan dibuat oleh SPR didalam pilihan raya umum ke 13 akan datang. Cuma terdapat beberapa perkara yang masih boleh dipertikaikan.

1. Isu hapus masa bantahan.
Pegawai pengurus diberi kuasa sepenuhnya didalam menentukan calon calon yang mengisi borang diterima untuk bertanding. Macamana kalau pegawai Pengurus yang dilantik memang aktivis parti UMNO seperti yang berlaku di dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu Datuk Bandar Kuala Terengganu (ketika tu) Datuk Mat Razali Kassim telah dibuktikan berpihak kepada Umno/BN apabila mengugut kakitangan di bawahnya di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi memberi sokongan kepada calon BN. Setelah diber tekanan, akhirnya beliau menarik diri sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 14 Januari 2009.
Perubahan yang dilakukan oleh SPR ini tentulah memberikan kelebihan kepada calon BN. Petisyen pilihanraya bukanlah yang terbaik untuk menegakkan kebenaran kerana selalunya didalam kes kes petisyen pilihanraya pembangkang jarang sekali menang.

2. Calon tak dibenarkan tarik diri
Apabila SPR tidak lagi membenarkan calon yang bertanding menarik diri mengurangkan risiko calon yang bertanding hanya untuk menerima habuan dan menarik diri apabila selesai menerima habuan.

3. Pengundi OKU dibenarkan membawa orang lain selain dari saudara.
Dalam isu ini saya bimbang apabila pengundi yang uzur seperti orang buta dibenarkan orang lain membawanya atau mengundi bagi pihaknya yang bukan saudaranya akan berlaku penipuan. Ini kerana pembantu tersebut orang kuat BN tentulah adnya kempen sebelum mengundi atau yan lebih parahnya lagi apabila KTM membenarkan beliau mengundi bagi pihak OKU tersebut. Walaupun mungkin tugas membawa pengund ini diambil alih oleh petugas SPR yanga memakai warga serba kekuningan, adakah SPR dapat pastikan bahawa petugas tersebut bukan aktivis tegar BN.

4. Pameran daftar pemilih selama 14 hari.
Ini sememangnya tuntutan Pakatan Rakyat. Ini memberi peluang kepada Pengundi melalui PPS lantikan SPR membuat semakan tuntutan dan bantahan kepada senarai pemilih.

5. Bersih daftar pemilih setiap hari.

Saya mengharapkan pihak SPR mengambil kira senarai yang sudah berada dalam DPI -Daftar pemilih induk. Masih banyak terdapat pengundi yang diragukan didalam daftar pemilih selain pemotongan yang dicadangkan oleh SPR sebanyak 40 ribu orang.

6. Ubah tempat duduk wakil calon.

Perubahan tempat duduk polling agen yang mewakili calon dan wakil calon tidak memberi manafaat yang banyak. Walau bagaimanapun sekiranya perubahan ini bertujuan memudahkan poling agen mengenal pengundi sebenar yang mengundi da bukan pengundi hantu makawajardisokong. Tetapi sekiranya perubahan ini lebih menakutkan pengundi dan bersifat mengugut maka ia tidaksama sekali.